DISLEKSIA
Definisi
dan Konsep Disleksia
Disleksia
selalu disalahertikan kerana penggunaan istilah yang mengelirukan bagi masalah
membaca. Perkataan dyslexia terbina
daripada dua bahagian; dys yang
membawa maksud tidak atau sukar sementara itu, lexia bermaksud perkataan , membaca, atau bahasa. Maka apabila dua bahagian
tersebut digabungkan dyslexia
sebenarnya membawa erti kesukaran dengan
perkataan.
Disleksia
merupakan, adalah salah satu masalah pembelajaran yang berlaku diantara 5 %
hingga 10% dalam sesebuah populasi dan
ia bukan satu penyakit. Masalah pembelajaran (disleksia) ini ditakrifkan dalam
maksud yang ringkas adalah kesukaran membaca dan mengeja yang berlaku pada
seseorang yang kelihatan tipikal. Berdasarkan definisi yang lebih jelas,
disleksia adalah satu keadaan neurologikal yang semulajadi, dimana ia
mempengaruhi banyak aspek kefungsian dan proses pembelajaran, ini adalah
disebabkan oleh kelemahan yang
diindentifikasikan dari aspek proses
menyebut, ingatan jangka pendek, urutan dan organisasi, persepsi visual dan
audiotori, bahasa lisan dan kemahiran motor (British Dyslexia Association). Ia
juga khas berkaitan dengan penguasaan dan penggunaan bahasa cetakan,
termasukalah alpahabetik, angka dan simbol muzik. Dalam artikel yang ditulis
oleh Humprey dan Mullin (2002), mencuba untuk menyediakan satu definisi
disleksia yang tepat, dipercayai dan dipersetujui oleh semua orang adalah satu
yang mustahil. Berninger dan
rakan-rakannya (2008) tidak menggunakan definisi persekutuan bagi masalah
pembelajaran yang spesifik kerana penggunaan yang berbeza antara satu negara
dengan satu negara, malah di dalam negara juga. Ini disebabkan kanak-kanak yang
mengalami disleksia, merupakan salah satu masalah pembelajaran yang spesifik,
yang mana masih dibawah pencapaian relatif kepada kecerdasan verbal dalam satu
atau lebih kemahiran seperti; ketepatan atau kadar bahasa pembacaan bagi
perkataan dalam satu senarai atau berkenaan dengan teks dalam petikan karangan
atau mengeja.
Siapa yang boleh
menghadapi ?
Sesiapa
sahaja boleh menpunyai disleksia dan ianya berkitar dalam keluarga. Berdasarkan
perincian International Dyslexia Association, kira-kira 15% hingga 20% manusia
dalam satu populasi mempunyai simpton seperti disleksia. Tiada kajian yang
menunjukkan disleksia tidak mempunyai korelasi dengan kenegaraan , pendapatan
isi rumah, etnik, kaum atau IQ. Ianya berkaitan dengan komponen genetik.
Berdasarkan Altemeier dan rakan sekerjanya (2007) , kajian yang dibuat
menunjukkan perbezaan gender dalam
disleksia. Contohnya, kebanyakkan kajian epidemiologi menyatakan lebih ramai
lelaki berbanding perempuan, tetapi kajian genetik mencadangkan bahawa
perbezaan gender yang diperhatikan dalam disleksia sebenarnya berkaitan dengan
masalah menulis yang kebanyakkan berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding
perempuan. Walaubagaimanapun , kajian yang terbaru menyatakan bahawa nisbah
gender bagi disleksia adalah hampir sama (British Dyslexia Association, 2009).
Faktor Penyebab.
Daripada
International Dyslexia Association, penyebab kepada disleksia adalah genetik
dan neurobiologikal. Individu yang mendapat disleksia mewarisi disleksia
daripada rangkaian genetik keluarga. Selain itu, berdasarkan kajian tertentu
menyatakan perkembangan dan fungsi otak adalah berbeza daripada individu
tipikal. Individu dengan struktur otak simetri kecil berkemungkinan untuk
mempunyai kecacatan dalam domain yang pelbagai bagi menulis dan bahasa lisan,
dimana individu yang mempunyai struktur simetri yang besar lebih berkemungkinan
mempunyai kecacatan pemencilan fonologikal ketika dewasa dengan penggantian
disleksia (Loenard & Eckhert, 2008).
Individu
dengan disleksia menggunakan hemisfera kanan sebaliknya bahagian kiri untuk
membaca dan mengeja. Dua perkara yang penting menyumbang kepada disleksia
adalah hemisfera kiri kurang digunakan dan bahagian tisu dalam otak yang
dikenali callosum. Bahagian hemisfera kiri diprogramkan untuk melakukan perkara
seperti membaca dan bahagian kanan adalah tidak. Bahagian kiri boleh memadankan
huruf dengan bunyinya, mengawal maklumat yang masuk ke dalam otak dalam
rangkaian, seperti bunyi huruf dari satu huruf ke satu huruf yang lain, lebih
tepat daripada melihat huruf sebagai satu gambar, dipecahkan huruf kepada
bunyinya sendiri dan memahami tatabahasa dan susunan kata dalam ayat. Hemisfera
kanan pula berfungsi untuk kawasan , ruang dan bentuk dan ianya tidak berfungsi
untuk percakapan.
Ciri-ciri Disleksia
Ciri-ciri
untuk disleksia adalah berbeza pada setiap individu dan bergantung kepada
keadaan tertentu dan keberkesanan rawatan atau arahan. Masalah utama adalah
berkaitan dengan pengenalpastian perkataan dan kefasihan membaca, mengeja dan
menulis. Selain itu, masalah yang dihadapi secara umumnya adalah kesukaran
belajar bercakap, mengorganisasikan tulisan dan bahasa lisan, belajar huruf,
serta bunyinya (masalah fonolgi), mengingat fakta nombor, mengeja, belajar
bahasa asing dan penyelasaian masalah matematik (dyscalculia.) Sesetengah
masalah individu disleksia adalah masalah mengenal, seperti masalah bahasa.
Dibawah merupakan senarai ciri-ciri individu yang mempunyai disleksia
berdasarkan International Dyslexia Association (2009) ;
1.
Kesukaran dalam bahasa lisan ;
i.
Lambat dalam belajar bertutur.
ii.
Kesukaran dalam mengeja perkataan.
iii.
Kesukaran dalam menggunakan tatabahasa
atau memperoleh kosa kata yang betul.
iv.
Keliru dengan
sebelum/selepas/kiri/kanan/dan sebagainya
v.
Kesukaran dalam mempelajari huruf, lagu
atau melodi.
vi.
Kesukaran dalam menyebut semula perkataan.
b. Kesukaran Dalam Bacaan
i.
i
c.
Kesukaran untuk Menulis.
i.
Kesukaran menulis idea pada kertas.
ii.
Terdapat banyak kesalahan ejaan.
iii.
Kesukaran dalam pembetulan.
Disebalik masalah yang dihadapi individu disleksia
sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri seperti :
a) Kemahiran
berfikir; memahami secara konsep, penaakulan, imaginasi.
b) Keupayaan
memahami apa yang dibaca orang lain kepadanya.
c) Mempunyai
bakat pada bidang yang tidak bergantung pada pembacaan, misalnya; seni visual,
falsafah, biologi, kajian sosial, penulisan yang kreatif.
Rawatan Disleksia
International
Dyslexia Association (2009) ;
Disleksia merupakan satu masalah
pembelajaran yang berpanjangan. Dengan bantuan yang sebaiknya, individu dengan
disleksia boleh belajar membaca dan menulis dengan baik. Pengenalpastian dan
rawatan awal adalah kunci utama untuk membantu golongan disleksia berjaya disekolah
dan dalam kehidupan seharian. Kebanyakkan individu dini memerlukan bantuan
daripada guru , tutoor atau ahli terapi yang khas dalam penggunaan
multisensori.
Ini adalah penting untuk individu
disleksia diajar secara sistematik dan menggunakan kaedah yang jelas dengan
menggabungkan deria tertentu (pendengaran, penglihatan, dan sentuhan) pada masa
yang sama. Kebanyakkan individu ini memerlukan perhatian yang khusus atau
pengajaran secara individu supaya mereka boleh kehadapan untuk memajukan diri.
Pelajar yang mengalami masalah disleksia memerlukan satu bentuk latihan
yang dan serta merta, dan maklum balas pembaikan untuk membangunkan
kemahiran mengenal perkataan. Apabila mereka menerima terapi luar daripada
kawasan sekolah, ahli terapi berkenaan haruslah bekerjasama dengan guru kelas,
individu yang terlibat dengan pendidikan khas serta kakitangan sekolah.
Sekolah juga boleh membantu pelajar
disleksia dengan membuat pengubahsuaian terhadap struktur akademik, ini
merupakan langkah yang penting untuk membantu mereka untuk berjaya disekolah.
Contohnya, pelajar disleksia diberi masa yang panjang untuk menyelesaikan
tugasan dan dibanti untuk mengambil nota. Pelajar disleksia juga sering
mengalami gangguan emosi, dimana esteem kendiri merela adalah sangat lemah, ini
disebabkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka. Pakar kesihatan
mental boleh membantu mereka supaya lebih berupaya untuk menghadapi kesukaran
mereka dalam belajar.
Strategi Pendidikan
1. Intenvensi
awal untuk mengesan masalah awal seperti pengetahuan huruf, bunyi, kesedaran
fonik, dan perkembangan bahasa lisan.
2. Mencari
kekuatan dan menggalakkan : contohnya, penyelesaian masalah.
3. Gaya
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai; Contohnya guru lebih menggunakan gaya
pengajaran yang mengutamakan visual daripada lisan.
4. Kaedah
mengajar menggunakan multisensori seperti ;
i.
Tulisan besar dan berwarna.
ii.
Menulis huruf / melukis bentuk yang
mudah.
iii.
Menggabungkan titik.
iv.
Menggunakan plastisin membuat bentuk
huruf.
5. Kurangkan
kerja latihan dengan memberi sedikit demi sedikit.
6. Menyemak
kerja tulisan dengan menfokuskan pada isi kandungan (bukan ejaan).
7. Menguji
secara lisan bukan tulisan.
8. Menggunakan
tape recoder untuk mengajar bunyi huruf.
9. Memberi
masa yang lebih untuk menyalin.
10. Membina
kamus atau kad perkataan.
11. Bahsa;
kesedaran fonik;mengajar perkataan;mengasingkan suku.
12. Menggunakan
kalkulator.
13. Menggunakan
wang syiling sebenar untuk matematik.
Bagaimana
ibubapa dan guru boleh membantu ?
Pada peringkat awal, iaitu peringkat
kanak-kanak, mereka memerlukan seseorang yang menyokong dan menggalakkan
mereka setiap waktu. Keduanya, mereka
sebenarnya mempunyai matlamat dan mengetahui dimana hala tuju mereka untuk
berjaya. Dan yang terakhir, golongan disleksia yang berjaya boleh membentuk
komitmen untuk membantu yang lain.Ketiga tiga faktor inilah yang membantu
kanak-kanak dan individu disleksia untuk berjaya dalam hidup.
Ibubapa dan guru seharusnya konsisten dalam
membantu dan menggalakkan mereka. Tetapi pada hakikatnya perkara inilah yang
jarang dilakukan oleh mereka yang hidup bersama individu disleksia.
Berdasrkan Dr Micheal Ryan dalam
artikel yang diterbitkan oleh International Dyslexia Association, beliau
percaya galakan melibatkan sekurang-kurangnya empat elemen. Pertama , mendengar
perasaan kanak-kanak. Kerisauan , marah dan tekanan adalah komponen bagi mereka
yang mengalami masalah ini. Walaubagaimanapun, masalah bahasa lisan yang
dihidapi oleh mereka menyukarkan mereka untuk meluahkan perasaan bagi
melepaskan tekanan tersebut. Guru dan ibubapa seharusnya menghargai usaha
mereka, buka semata-mata melihat hasil yang ditunjukkan mereka. Perkataan
seperti m”malas” atau “lembab”, boleh memusnahkan keyakinan kanak-kanak
disleksia. Seterusnya, adalah penting untuk membantu mereka intuk menetapkankan
matlamat yang hendak dicapai.
Oleh itu sebagai orang dewasa yang
dekat dengan kanak-kanak atau individu disleksia, ibubapa dan guru mesti
memahami bagaimana kognitif mereka berfungsi dan masalah yang dihadapi oleh
golongan ini. Mereka juga perlu membentuk strategi yang berkesan untuk membantu
mereka menjadi seperti orang yang tipikal lakukan, belajar dengan gembira dan
berjaya dalam akademik serta perhubungan sosial.
(Sumber : Tugasan Individivu Kursus GGGB2055, PPK : PERKEMBANGAN DAN CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN)
Ini merupakan hasil tugasan individu saya dalam kursus GB2055,
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman berikut ;
Untuk Pelajar UKM. Anda Boleh pilih dan dowload jurnal pilihan anda disini SCOPUS.
Untuk bukan pelajar UKM :
@ ke laman CSEFEL .