Wednesday, 25 December 2013

TEKNOLOGI BANTUAN UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Teknologi bantuan merupakan sebarang bentuk peralatan atau bahan bantuan  atau perkhimatan yang boleh digunakan untuk membantu individu berkeperluan khas meningkatkan tahap kefungsiannya. Penggunaan teknologi bantuan dapat membantu meningkatkan kebolehan seseorang  dalam menjalani kehidupan seharianya. Keadaan ini juga menyumbang kearah peningkatan keyakinan diri. Bagi pelajar berkeperluan khas, perkara ini adalah penting kerana ia dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Teknologi Bantuan Untuk Membantu Peningkatan Kemahiran Menulis

Teknologi rendah / tanpa teknologi


  • alat tulis cth : marker
  • pensel pelbagai warna
  • kertas bergaris
  • templat tulisan 
  • alat penyokong pergelangan tangan
  • alat penyokong lengan
  • helaian plastik mudah cuci
  • ubah kedudukan pelajar ketika menulis 
  • tambah masa untuk menyiapkanaktiviti
Teknologi Sederhana / Teknologi Tinggi

  • Mesin taip 
  • Komputer dengan aplikasi word processor
  • penyemak ejaan
  • perisian bersuara untuk word processor
  • papan kekunci alternatif
  • perisian bersuara untuk papan kekunci
(sumber : Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas : Konsep Dan Amalan, Dato' Zalizan Jelas,UKM)

No comments:

Post a Comment