KATEGORI PELAJAR PINTAR CERDAS BERBAKAT
Bets dan Neihart (1988) menkategorikan profil pelajar pintar cerdas dan berbakat kepada enam jenis ;
- Terdiri daripada pelajar yang berjaya dan cemerlang. Potensi mereka mudah dikenalpasti oleh guru , disenangi oleh guru, bersifat kreatif dan berotonomi dalam pembelajaran di sekolah khususnya dalam pembelajaran disekolah rendah. Berotonomi bermaksus mereka bersikap berdikari dan bermotovasi kendiri dalam pembelajaran.Apabila ke sekolah menengah mereka lebih patuh kepada kehendak orang dewasa. Mereka tidak lagi bersikap berdikari dan berotonomi dalam pembelajaran,sebaliknya mereka menyandarkan tindakan mereka kepada sistem yang terdapat disekolah.
- Jenis kedua, jenis yang mencabar. Pelajar pintar cerdas dan berbakat dalam kategori ini tidak mudah menurut namum sifat berotonomi dan kreatif tidak hilang dalam diri mereka.Mereka masih bersifat berdikari ,namun merasa kecewa dan bosan dengan sistem persekolahan.Tingkah laku yang wajar tidak berkembang dalam diri mereka, mereka tidak mempunyai kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan sistem persekolahan.Potensi mereka tidak disedari dan tidak dihargai kerana mereka sering terlibat dengan tingkah laku yang menyalahi peraturan sekolah.
- Jenis yang ketiga, adalah jenis yang menyembunyikan kemampuan mereka, kerana mereka tidak yakin untuk bertindak spontan. Suasana sekolah tidak menggalakkan perkembangan aspek pintar cerdas dan berbakat. Mereka tidak mahu dianggap berbeza dan amat mementingkan penerimaan rakan sebaya.Oleh itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja agar diri mereka diterima oleh rakan sebaya.
- Profil kempat,yang tercicir dari sistem pendidikan. Mereka tercicir kerana tidak dapat sokongan dan panduan yang diperlukan dalam menangani keperluan pendidikan mereka yang unik
- Jenis kelima, terdiri daripada pintar cerdas berbakat yang tergolong dalam kategori pelajar khas iaitu bermasalah penglihatan;bermsalah pendengaran
- Keenam merujuk kepada pelajar yang berotonomi kendiri dalam melaksanakan pembelajaran mreka. Mereka mempunyai sikap ,kemahiran, dan konsep yang sesuai yang diperlukan dalam aktiviti pembelajaran sepanjang hayat.
Kesimpulannya, guru dan pentadbir pendidikan akan dapat merancang pengajaran dan program pendidikan yang sesuai dengan kepelbagaian pelajar tersebut
No comments:
Post a Comment