Menolong Murid Bermasalah Tingkah Laku
Untuk Mengurus Diri
Terlebih dahulu murid bermasalah pembelajaran selalunya berdepan dengan masalah tingkah laku, oleh itu sebagai guru yang berdepan dengan masalah murid seperti ini perlu membantu mereka untuk mengatasi masalah tingkah laku tersebut, tingkah laku yang dimaksudkan adalah contohnya tidak boleh mendengar arahan, suka mengganggu, hiperaktif, impulsif dan sebagainya. Ia memerlukan suatu usaha yang bersungguh-sungguh dan harus dimulakan diperingkat awal seperti pusat asuhan, tadika, atau sekolah rendah sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah , ini kerana apabila mereka berada disekolah menengah mereka akan sukar dibentuk.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan diri ?
Kaedah pengurusan diri diajar untuk mengajar murid bermasalah tingkah laku untuk :
- Bagi perhatian terhadap tingkah laku mereka sendiri.
- Mengunakan tingkah laku yang sesuai ketika bermain, belajar, dan bersosial.
- Melibatkan diri dengan rutin dalam bilik darjah.
- Memberi kerjasama dalan tugasan berstruktur atau berkumpulan
Langkah-langkah pelaksanaan.
- Kenalpasti tahap pencapaian semasa murid, apa yang boleh mereka lakukan dan tidak boleh mereka lakukan.
- Membuat target tingkah laku sasaran yang diingi contohnya murid selalu mengelak daripada menulis. Kemudian tetapkan sasaran dengan jelas iaitu buat rancangan pendidikan individu , letakkan kelemahan yang ada dengan jelas, atur strategi proaktif, dan letak matlamat yang jelas untuk dicapai.
- Tunjukkan cara atau model berbentuk visual atau gambar, contohnya guru ingin murid menulis maka letak dimeja murid gambar sedang menulis dan gambar yang sedang mendengar arahan supaya murid faham apa yang perlu dia lakukan.
- Bantu murid untuk dia mengatur tingkah laku contohnya sentiasa berada dekat dengan dia, dan pegang tangan murid jika perlu.
- Bantu murid mengukuhkan tingkah laku dengan selalu menyemak hasil kerja, kemudian bagi isyarat "thumbs up" atau senyum.
- Memberi tindak balas positif setelah murid berjaya mengikut arahan dan membuat rutin dalam kelas. Contohnya selalu bercakap dengan murid dengan baik, mendengar luahan murid dan berikan motivasi.
(sumber : CSEFEL, http://csefel.vanderbilt.edu/resources/training_kits.html)
No comments:
Post a Comment