Saturday, 28 December 2013

EPILEPSI

Epilepsi atau sawan merupakan sejenis serangan penyakit yang kebanyakannya disebabkan kecederaan atau jangkitan penyakit di bahagian otak.



  • Ianya juga merupakan ketidakaliran otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang normal.
  •  Serangan penyakit ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.
  •  Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang dalam sekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek.
  • Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (‘topi’ sel-sel saraf berlebihan menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kadar pelepasan elektrik individu tersebut.
  •  Keadaan yang tidak dapat diramal ini kemungkinan menyebabkan pesakit atau penghidap mengalami kecederaan disebabkan oleh pelepasan elektrikal yang tersebar secara meluas di seluruh badan.
      Jenis Epilepsi

  • Dua kategori epilepsi:
  1.  grand mal: kekejangan yang sangat jelas dan berlaku selama beberapa minit
  2.  Petit mal: kekejangan tidak seserius grand mal dan sering disangka oleh guru sebagai tidak memberi tumpuan kepada pengajaran.

       Punca-punca Epilepsi
  •  Kecederaan di kepala.
  •  Factor genetic seperti tuberos sclerosis.
  •  Tumor otak.
  • Tekanan psikologi (menyebabkan sawan palsu- pseudoseizure iaitu serangan yang sama dengan sawan epilepsy tetapi tercetus atas sebab-sebab psikologi sahaja).
  •  Paradoksikal/tindakbalas yang luar biasa terhadap ubat-ubatan termasuklah dadah antiepilepsi.

       Mengenalpasti Epilepsi
  •  Sawan berulang (dating dan pergi), ada waktu bebas di antara dua sawan, pesakit adalah normal dan sifat serangannya serupa (pesakit mendapat tanda-tanda serangan yang sama setiap kali).
  •  Setiap kali selepas serangan, pesakit berasa bingung, termenung dan sakit kepala.
  •  Apabila pergi berjumpa dengan doctor, temujanji yang dikenali sebagai catatan latar belakang adalah paling utama dan mustahak. Pesakit dikehendaki memberikan gambaran sepenuhnya kejadian serangan itu.
  •  Paling mustahak, sekiranya pesakit boleh membawa ahli keluarga atau saksi yang berada di tempat kejadian, sebab pesakit berada dalam keadaan tidak sedar diri sewaktu diserang sawan.
(sumber : ebookPkhas..)

No comments:

Post a Comment