MENGENAL PASTI PELAJAR BERMASALAH INTELEK (KERENCATAN MENTAL)
Pelajar yang mengalami masalah kerencatan akal terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah yang menyeluruh dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti seharian. Pelajar yang mengalami kerencatan akal mungkinperlu belajar melakukan aktiviti mudah sekali pun bagi tempoh yang lama dan langkah -langkah . Misalnya aktiviti memberus gigi, mengenakan pakaian, makan, menggunakan tandas, memakai kasut dan mengikat tali kasut dan sebagainya mungkin sukar dipelajari dan mereka memerlukan banyak bantuan apabila ingin membuat sesuatu.
Mereka yang mengalami masalah kerencatan akal sukar memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari suatu situasi ke situasi yang lain. Mereka juga menghadapi masalah memahami konsep abstrak dan dengan itu menghadapi kesukaran untuk memahami bahawa sesuatu huruf itu melambangkan sesuatu bunyi tertentu.
Sesetengahnya mungkin juga menghadapi masalah untuk mengaitkan gambar dengan objek atau situasi yang dilambangkan oleh gambar berkenaan.
Guru dapat mengenalpasti keadaan pelajar bermasalah kerencatan akal dengan :
- Lambat memperoleh dan mempelajari kemahiran.
- Lemah daya ingatan.
- Perkembangan bahasa yang lembap.
- Sukar untuk memberi perhataian.
- Masalah dalam memahmi perkara yang abstrak iaitu :konseo abstrak, simbol bertulis seperti huruf dan nombor.
- Masalah untuk mematuhi peraturan/arahan
- Tindak balas lembap
- Kadangkala koordinaso motor kurang baik
- Masalah mobiliti ; mungkin tidak dapat berjalan dengan mudah.
- Cepat marah dan berasa kecewa.
(Sumber : Pendidikan Kanak-kanak berkeperluan khas, Konsep Dan Amalan, Zalizan Jelas, Fakulti Pendidikan UKM)
No comments:
Post a Comment