"Bipolar Disorder"
Apa itu Bipolar Disorder ?
Bipolar disorder adala satu penyakit psikiatri yang melibatkan gangguan perasaan . "Bi" bermaksud "dua" dan "pole" bermaksud "kutub". Ini membawa maksud dalam penyakit ini , perasaan seseorang boleh berada dalam dua "kutub" yang berbeza pada tahap yang ekstrem atau keterlaluan . Pesakit boleh menjadi TERLALU MURUNG sehingga ingin membunuh diri atau TERLALU GEMBIRA sehingga sanggup melakukan apa sahaja.
Apa kekerapan penyakit Bipolar Disorder ?
Bipolar Disorder dialami oleh 3 hingga 6 peratus dari kalangan lelaki dan perempuan dewasa.
Apakah tanda-tanda Bipolar Disorder ?
a) Mania
- Merasa sangat gembira
- Banyak melakukan aktiviti lebih dari biasa
- Sangat bertenaga
- Kurang keperluan untuk tidur
- Banyak idea
- Melakukan perkara yang berisiko seperti memandu laju
- Berbelanja besar dan menghabiskan wang yang banyak
b) Hypomania
- Gejala hampir seruoa dengan mania tetapi tidak teruk
c) Kemurungan
- Merasa sangat sedih
- Tiaa minat untuk melakukan perkara yang biasanya digemari
- Gangguan selera makan
- Gangguan tumpuan
- Merasa diri tidak berguna atau merasa bersalah yang keterlaluan
- Keinginan untuk mati atau membunuh diri.
(Diantara episod-episod diatas, pengidap bipolar boleh kembali normal. Walaubagaimanapun, episod tersebut boleh berulang)
Apakah rawatan untuk Bipolar Disorder ?
- Pesakit memerlukan rawatan untuk menstabilkan perasaan mereka.Rawatan ini dipanggil "mood stabilizer" atau "penstabil perasaan"
- Contoh ubat yang digunakan ialah ; Lithium, Sodium Valprote, Carbarmazepine dan Lamotrigine
- Pesakit juga boleh dirawat dengan ubat antipsikotik terutamanya untuk episod mania.
* Walaupun pesakit telah kembali normal, adalah amat penting meneruskan rawatan "penstabil perasaan" dan rawatan lain yang disyorkan oleh doktor untuk memastikan episod mania atau kemurungan tidak mudah berulang.
Apakah nasihat penting untuk pesakit Bipolar Disorder ?
- Amalkan tidur yang teratur
- Amalan aktiviti harian yang tetap
- Elakan daripada dadah dan alkohol
- Dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan
- Tangani tekanan dala hidup
- Kenalpasti tanda-tanda awal relapse "berulang" seperti perasaan,tenaga, semangat dan keyakinan.
(sumber : ebook,special education, pengenalan dan perkembangan ciri masalah pembelajaran)
Medical News
No comments:
Post a Comment