Wednesday, 25 December 2013


DISLEKSIA




Definisi dan Konsep Disleksia



Disleksia selalu disalahertikan kerana penggunaan istilah yang mengelirukan bagi masalah membaca. Perkataan dyslexia terbina daripada dua bahagian; dys yang membawa maksud tidak atau sukar sementara itu, lexia bermaksud perkataan , membaca, atau bahasa. Maka apabila dua bahagian tersebut digabungkan dyslexia sebenarnya membawa erti kesukaran dengan perkataan.

Disleksia merupakan, adalah salah satu masalah pembelajaran yang berlaku diantara 5 % hingga 10%  dalam sesebuah populasi dan ia bukan satu penyakit. Masalah pembelajaran (disleksia) ini ditakrifkan dalam maksud yang ringkas adalah kesukaran membaca dan mengeja yang berlaku pada seseorang yang kelihatan tipikal. Berdasarkan definisi yang lebih jelas, disleksia adalah satu keadaan neurologikal yang semulajadi, dimana ia mempengaruhi banyak aspek kefungsian dan proses pembelajaran, ini adalah disebabkan  oleh kelemahan yang diindentifikasikan dari  aspek proses menyebut, ingatan jangka pendek, urutan dan organisasi, persepsi visual dan audiotori, bahasa lisan dan kemahiran motor (British Dyslexia Association). Ia juga khas berkaitan dengan penguasaan dan penggunaan bahasa cetakan, termasukalah alpahabetik, angka dan simbol muzik. Dalam artikel yang ditulis oleh Humprey dan Mullin (2002), mencuba untuk menyediakan satu definisi disleksia yang tepat, dipercayai dan dipersetujui oleh semua orang adalah satu yang  mustahil. Berninger dan rakan-rakannya (2008) tidak menggunakan definisi persekutuan bagi masalah pembelajaran yang spesifik kerana penggunaan yang berbeza antara satu negara dengan satu negara, malah di dalam negara juga. Ini disebabkan kanak-kanak yang mengalami disleksia, merupakan salah satu masalah pembelajaran yang spesifik, yang mana masih dibawah pencapaian relatif kepada kecerdasan verbal dalam satu atau lebih kemahiran seperti; ketepatan atau kadar bahasa pembacaan bagi perkataan dalam satu senarai atau berkenaan dengan teks dalam petikan karangan atau mengeja.

Siapa yang boleh menghadapi ?

Sesiapa sahaja boleh menpunyai disleksia dan ianya berkitar dalam keluarga. Berdasarkan perincian International Dyslexia Association, kira-kira 15% hingga 20% manusia dalam satu populasi mempunyai simpton seperti disleksia. Tiada kajian yang menunjukkan disleksia tidak mempunyai korelasi dengan kenegaraan , pendapatan isi rumah, etnik, kaum atau IQ. Ianya berkaitan dengan komponen genetik. Berdasarkan Altemeier dan rakan sekerjanya (2007) , kajian yang dibuat menunjukkan  perbezaan gender dalam disleksia. Contohnya, kebanyakkan kajian epidemiologi menyatakan lebih ramai lelaki berbanding perempuan, tetapi kajian genetik mencadangkan bahawa perbezaan gender yang diperhatikan dalam disleksia sebenarnya berkaitan dengan masalah menulis yang kebanyakkan berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Walaubagaimanapun , kajian yang terbaru menyatakan bahawa nisbah gender bagi disleksia adalah hampir sama (British Dyslexia Association, 2009).

Faktor Penyebab.

Daripada International Dyslexia Association, penyebab kepada disleksia adalah genetik dan neurobiologikal. Individu yang mendapat disleksia mewarisi disleksia daripada rangkaian genetik keluarga. Selain itu, berdasarkan kajian tertentu menyatakan perkembangan dan fungsi otak adalah berbeza daripada individu tipikal. Individu dengan struktur otak simetri kecil berkemungkinan untuk mempunyai kecacatan dalam domain yang pelbagai bagi menulis dan bahasa lisan, dimana individu yang mempunyai struktur simetri yang besar lebih berkemungkinan mempunyai kecacatan pemencilan fonologikal ketika dewasa dengan penggantian disleksia (Loenard & Eckhert, 2008).

Individu dengan disleksia menggunakan hemisfera kanan sebaliknya bahagian kiri untuk membaca dan mengeja. Dua perkara yang penting menyumbang kepada disleksia adalah hemisfera kiri kurang digunakan dan bahagian tisu dalam otak yang dikenali callosum. Bahagian hemisfera kiri diprogramkan untuk melakukan perkara seperti membaca dan bahagian kanan adalah tidak. Bahagian kiri boleh memadankan huruf dengan bunyinya, mengawal maklumat yang masuk ke dalam otak dalam rangkaian, seperti bunyi huruf dari satu huruf ke satu huruf yang lain, lebih tepat daripada melihat huruf sebagai satu gambar, dipecahkan huruf kepada bunyinya sendiri dan memahami tatabahasa dan susunan kata dalam ayat. Hemisfera kanan pula berfungsi untuk kawasan , ruang dan bentuk dan ianya tidak berfungsi untuk percakapan.


Ciri-ciri Disleksia

Ciri-ciri untuk disleksia adalah berbeza pada setiap individu dan bergantung kepada keadaan tertentu dan keberkesanan rawatan atau arahan. Masalah utama adalah berkaitan dengan pengenalpastian perkataan dan kefasihan membaca, mengeja dan menulis. Selain itu, masalah yang dihadapi secara umumnya adalah kesukaran belajar bercakap, mengorganisasikan tulisan dan bahasa lisan, belajar huruf, serta bunyinya (masalah fonolgi), mengingat fakta nombor, mengeja, belajar bahasa asing dan penyelasaian masalah matematik (dyscalculia.) Sesetengah masalah individu disleksia adalah masalah mengenal, seperti masalah bahasa. Dibawah merupakan senarai ciri-ciri individu yang mempunyai disleksia berdasarkan International Dyslexia Association (2009) ;

1. Kesukaran dalam bahasa lisan ;
                                i.            Lambat dalam belajar bertutur.
                              ii.            Kesukaran dalam mengeja perkataan.
                            iii.            Kesukaran dalam menggunakan tatabahasa atau memperoleh kosa kata yang betul.
                            iv.            Keliru dengan sebelum/selepas/kiri/kanan/dan sebagainya
                              v.            Kesukaran dalam mempelajari huruf, lagu atau melodi.
                            vi.            Kesukaran dalam menyebut semula perkataan.

              b. Kesukaran Dalam Bacaan
        i.                                         

        i    
                     c. Kesukaran untuk Menulis.
                                           i.            Kesukaran menulis idea pada kertas.
                                          ii.            Terdapat banyak kesalahan ejaan.
                                        iii.            Kesukaran dalam pembetulan.

            Disebalik  masalah yang dihadapi individu disleksia sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri seperti :

a)      Kemahiran berfikir; memahami secara konsep, penaakulan, imaginasi.
b)      Keupayaan memahami apa yang dibaca orang lain kepadanya.
c)      Mempunyai bakat pada bidang yang tidak bergantung pada pembacaan, misalnya; seni visual, falsafah, biologi, kajian sosial, penulisan yang kreatif.

Rawatan Disleksia

International Dyslexia Association (2009) ;

            Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran yang berpanjangan. Dengan bantuan yang sebaiknya, individu dengan disleksia boleh belajar membaca dan menulis dengan baik. Pengenalpastian dan rawatan awal adalah kunci utama untuk membantu golongan disleksia berjaya disekolah dan dalam kehidupan seharian. Kebanyakkan individu dini memerlukan bantuan daripada guru , tutoor atau ahli terapi yang khas dalam penggunaan multisensori.

            Ini adalah penting untuk individu disleksia diajar secara sistematik dan menggunakan kaedah yang jelas dengan menggabungkan deria tertentu (pendengaran, penglihatan, dan sentuhan) pada masa yang sama. Kebanyakkan individu ini memerlukan perhatian yang khusus atau pengajaran secara individu supaya mereka boleh kehadapan untuk memajukan diri. Pelajar yang mengalami masalah disleksia memerlukan satu bentuk latihan yang  dan serta merta, dan  maklum balas pembaikan untuk membangunkan kemahiran mengenal perkataan. Apabila mereka menerima terapi luar daripada kawasan sekolah, ahli terapi berkenaan haruslah bekerjasama dengan guru kelas, individu yang terlibat dengan pendidikan khas serta kakitangan sekolah.

            Sekolah juga boleh membantu pelajar disleksia dengan membuat pengubahsuaian terhadap struktur akademik, ini merupakan langkah yang penting untuk membantu mereka untuk berjaya disekolah. Contohnya, pelajar disleksia diberi masa yang panjang untuk menyelesaikan tugasan dan dibanti untuk mengambil nota. Pelajar disleksia juga sering mengalami gangguan emosi, dimana esteem kendiri merela adalah sangat lemah, ini disebabkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka. Pakar kesihatan mental boleh membantu mereka supaya lebih berupaya untuk menghadapi kesukaran mereka dalam belajar.

Strategi Pendidikan

1.      Intenvensi awal untuk mengesan masalah awal seperti pengetahuan huruf, bunyi, kesedaran fonik, dan perkembangan bahasa lisan.
2.      Mencari kekuatan dan menggalakkan : contohnya, penyelesaian masalah.
3.      Gaya pengajaran dan pembelajaran yang sesuai; Contohnya guru lebih menggunakan gaya pengajaran yang mengutamakan visual daripada lisan.
4.      Kaedah mengajar menggunakan multisensori seperti ;
                                                        i.            Tulisan besar dan berwarna.
                                                      ii.            Menulis huruf / melukis bentuk yang mudah.
                                                    iii.            Menggabungkan titik.
                                                    iv.            Menggunakan plastisin membuat bentuk huruf.
5.      Kurangkan kerja latihan dengan memberi sedikit demi sedikit.
6.      Menyemak kerja tulisan dengan menfokuskan pada isi kandungan (bukan ejaan).
7.      Menguji secara lisan bukan tulisan.
8.      Menggunakan tape recoder untuk mengajar bunyi huruf.
9.      Memberi masa yang lebih untuk menyalin.
10.  Membina kamus atau kad perkataan.
11.  Bahsa; kesedaran fonik;mengajar perkataan;mengasingkan suku.
12.  Menggunakan kalkulator.
13.  Menggunakan wang syiling sebenar untuk matematik.


Bagaimana ibubapa dan guru boleh membantu ?

            Pada peringkat awal, iaitu peringkat kanak-kanak, mereka memerlukan seseorang yang menyokong dan menggalakkan mereka  setiap waktu. Keduanya, mereka sebenarnya mempunyai matlamat dan mengetahui dimana hala tuju mereka untuk berjaya. Dan yang terakhir, golongan disleksia yang berjaya boleh membentuk komitmen untuk membantu yang lain.Ketiga tiga faktor inilah yang membantu kanak-kanak dan individu disleksia untuk berjaya dalam hidup.

             Ibubapa dan guru seharusnya konsisten dalam membantu dan menggalakkan mereka. Tetapi pada hakikatnya perkara inilah yang jarang dilakukan oleh mereka yang hidup bersama individu disleksia.

            Berdasrkan Dr Micheal Ryan dalam artikel yang diterbitkan oleh International Dyslexia Association, beliau percaya galakan melibatkan sekurang-kurangnya empat elemen. Pertama , mendengar perasaan kanak-kanak. Kerisauan , marah dan tekanan adalah komponen bagi mereka yang mengalami masalah ini. Walaubagaimanapun, masalah bahasa lisan yang dihidapi oleh mereka menyukarkan mereka untuk meluahkan perasaan bagi melepaskan tekanan tersebut. Guru dan ibubapa seharusnya menghargai usaha mereka, buka semata-mata melihat hasil yang ditunjukkan mereka. Perkataan seperti m”malas” atau “lembab”, boleh memusnahkan keyakinan kanak-kanak disleksia. Seterusnya, adalah penting untuk membantu mereka intuk menetapkankan matlamat yang hendak dicapai.

            Oleh itu sebagai orang dewasa yang dekat dengan kanak-kanak atau individu disleksia, ibubapa dan guru mesti memahami bagaimana kognitif mereka berfungsi dan masalah yang dihadapi oleh golongan ini. Mereka juga perlu membentuk strategi yang berkesan untuk membantu mereka menjadi seperti orang yang tipikal lakukan, belajar dengan gembira dan berjaya dalam akademik serta perhubungan sosial.



(Sumber : Tugasan Individivu Kursus GGGB2055, PPK : PERKEMBANGAN DAN CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN)

Ini merupakan hasil tugasan individu saya dalam kursus GB2055,

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman berikut ; 


Untuk Pelajar UKM. Anda Boleh pilih dan dowload jurnal pilihan anda disini SCOPUS.

Untuk bukan pelajar UKM :

@ ke laman CSEFEL .








No comments:

Post a Comment