Saturday, 21 December 2013

Terapi Pasir



Pasir mempunyai pelbagai kegunaan dalam seluruh kehidupan di muka bumi terutamanya manusia. Sebagai contohnya, dalam perubatan tradisional masyarakat Mali, mereka menggunakan pasir sebagai salah satu medium dalam upacara perubatan.

Dalam pendidikan khad, pasir boleh diguanakan sebagai terapi. Menurut ahli terapi, aedah rawatan pasir dapat membantu meningkatkan perkembangam ddiri murid dari pelbagai aspek seperti emosi, jasmani,bahasa, komunikasi, tingkah laku, pergerakan, dan perkembangan keseluruhan diri.

Aktiviti permainan yang menggunakan pasir sama ada di luar atau di dalam bangunan,akan membantu murid meluah perasaan dan menzahirkan perlakuan zahir dan batin secara langsung atau tidak langsung. Kebanyakkan murid akan cuba berkomunikasi sebanyak atau sekerap mungkin sepanjang mengikuti program terapi.

Oleh itu, guru dan ibubapa boleh membawa anak-anak ke lapangan sebenar untuk terapi pasir, mengikut tahap dan kebolehan mereka. Aktiviti boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Pelaksanaan aktiviti  terapi pasir boleh dilakukan dalam bentuk binaan, struktur, dan bertema. Tenaga pengajar boleh bertindak sebagai fasilitator semasa aktiviti dijalankan.

Jika tidak dapat ke lapangan sebenar, guru boleh menggunakan alternatf lain dengan cara menyediakan sebuah kawasan yang membolehkan aktiviti terapi dilaksanakan, ia boleh dilaksanakan memandangkan ia tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi, dan bahan "pasir" mudah diperolehi.

No comments:

Post a Comment