Saturday, 21 December 2013

Interaksi Mata Kanak-kanak Autisme


Biasanya kita dengar bahawa kanak-kanak atistik mempunyai masalah interaksi sosial, antaranya gagal membuat interaksi mata "eye contact" apabila berinteraksi dengan orang lain. Tetapi tidak semua kaak-kanak autisme begitu, ada yang boleh mebuat interaksi mata ketika berbual dengan orang lain. Kita perlu faham mereka begitu kerana ada sebab-sebab tertentu, salah satunya apabila mereka terlalu menumpukan kepada sesuatu mereka mungkin tidak dapat fokus kepada perbualan atau mendengar "listening" pula. 

Kadangkala mereka bukan tidak mampu membuat interaksi mata, tetapi kerana sensori terhadap bunyi iaitu mendengar sesuatu itu lebih ketara membuatkan mereka tidak fokus kepada muka orang.

Namun begitu, intervensi awal dapat membendung masalah ini menjadi lebih teruk, apa yang boleh ibubapa atau guru lakukan adalah galakkan mereka menggunakan interaksi mata. 

Cara-cara membantu :

1. Selalu awasi dan sedar dengan situasi kanak-kanak.

2. Ajarkan peraturan : berapa masa yang perlu mereka patuhi untuk interaksi mata, mula-mula tetapkan untuk tempoh singkat mungkin 6-10 saat. Ataupun 2 saat sebelum mata berkelip atau lihat ke tempat lain.

3. Selalu ingatkan kanak-kanak apabila peraturan tersebut dilanggar, jika mereka berjaya berikan ganjaran atau pujian.

No comments:

Post a Comment