Saturday, 21 December 2013


 Pemprosesan Maklumat oleh Kanak-kanak Autisme


Kita tidak sedar bagaimana cepat atau lambatnya untuk memproses maklumat, apabila kita menerima arahan tentang sesuatu, kita akan proses dahulu arahan tersebut kemudian respon kepada arahan itu. Kanak-kanak autistik mereka memerlukan masa untuk memproses maklumat yang diterima oleh mereka, maklumat yang datang dengan bahasa iaitu verbal, agak sukar difahami mereka, ada kajian dibuat seseorang individu autistik mengambil masa lebih kurang 6- 10 saat untuk memproses maklumat.

Oleh itu kita boleh bantu kanak-kanak autistik ini memproses maklumat dengan lebih cepat iaitu dengan memberi arahan dengan lebih mudah ringkas dan difahami oleh mereka. Tip ini amat berguna bagi guru-guru yang mengajar murid autisme.

Contohnya :

    "tolong letakkan pensil anda diatas meja sekarang"  (arahan yang sukar)

       maka permudahkannya menjadi : " letak pensil anda "

Kanak-kanak autistik tidak boleh menunggu sehingga arahan selesai. Jika anda minta murid  anda sila tulis nama penuh anda sekarang, ia menjadi sukar kepada mereka maka mudahkan arahan kepada tulis nama disini. Seperkara lagi arahan akan menjadi lebih berkesan jika dibantu dengan isyarat, jika anda minta murid anda menulis gerakkan tangan anda atau pegang tangan murid seperti hendak menulis.

No comments:

Post a Comment