Thursday, 19 December 2013

Terapi Main


Bermain sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberi kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa mengambil kira hasil aktiviti tersebut. Melalui bermain, kanak-kanak dapat menyiasat sesuatu, mencipta, meruntuh, dan membina. Semasa bermain juga, kanak-kanak dapat memupuk perkembangan sosial yang baik dan memperkembangkan kemahiran yang sedia ada.




Terapi main memberi peluang kepada kana-kanak untuk memantapkan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mempertingkatkan konsep kendiri . Bermain boleh dijalankan dengan alatan sama ada secara bersendirian , berpasangan atau berkumplan.





No comments:

Post a Comment