CONTOH PELAKSANAAN AKTIVITI TERAPI PASIR
Tajuk : Membina Pasir
Tempat : Di tepi pantai
Alatan : Serampang tangan, sudip, pembaris, acuan, baldi, dan bahan persekitaran
Objektif :
- Membina istana pasir berbentukkan bahan-bahan yang dibekalkan
- Meningkatkan keyakinan diri dalam bersosialisasi
- Mengamalkan nilai kerjasama, sabar, dan tanggungjawab.
- Meningkatkan kemahiran psikomotor
Langkah Pengajaran :
- Mengumpulkan murid dalam kumpulan besar dalam bentuk barisan lurus atau bulatan.
- Memberi penerangan berhubungan aktiviti yang akan dilakukan
- Menerangkan langkah -langkah keselamatan
- Melakukan aktiviti awal mengikut arahan guru
Contoh Aktiviti :
- Mendepakan tangan ke hadapan , belakang, sisi, kiri, dan kanan, atas dan bawah
- Menggemgam dan membuka tangan
- Menggemgam dan meramaskan pasir
- Melukis, menulis atau melakarkan diatas pasir dengan menggunakan jari
- Membahagikan murid kepada kumpulan kecil
- Melantik ketua kumpulan
- Memberikan penerangan tugasan
- Menetapkan kawasan bagi setiap kumpulan
- Menamakan dan menyatakan fungsi setiap alatan
- Wakil kumpulan bergerak untuk mengambil alatan
- Bergerak ke kawasan aktiviti dan melaksanakan aktiviti membina istana pasir
- Guru memantau aktiviti setiap kumpulan dan bertindak sebagai fasilitator
- Aktiviti soal jawab antara kumpulan
- Membersihkan alatan
- Menyimpan alatan
- Memastikan kebersihan kawasan aktiviti
- Sesi refleksi oleh guru
No comments:
Post a Comment