Terapi Muzik
Terapi muzik adalah satu terapi yang ekspresif iaitu terdiri daripada proses interpersonal ketika pengamal terapi muzik dan semua aspek fizikal, emosi, mental,sosial,estetik, dan rohani untuk membantu menambah baik atau mengekalkan kesihatan mereka. Ia pada dasarnya membantu pesakit meningkatkan tahap kesihatan merentasi pelbagai domain.
Sesiapa sahaja boleh mendapatkan manfaat daripada pengenalan awal terapi muzik. Penyelidikan awal tertumpu kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang menghidapi pelbagai jenis penyakit dan memiliki ketidakupayaan.
Psikologi Turki-Parsi dan ahli teori muzik al Farabi (872-950) yang turut dikenali sebagai "Alpharabis" di Eropah, telah membincangkan kesan-kesan terapi muzik kepada jiwa manusia. Robert Burton yang menulis pada ke-17 berpendapat bahawa, muzik dan tarian sangat penting dalam merawat penyakit mental terutamanya bagi seseorang yang mengalami kemurungan.
Kanak-kanak khas boleh mendengar muzik untuk terapi, tetapi tidak semua memerlukan sentuhan terapi muzik. Kanak-kanak yang mengalami "mood disorder" boleh dirujuk kepada pengamal terapi muzik.
Kepentingan Terapi Muzik
- Otak capat bertindak terhadap muzik. Kajian mendapati bayi yang baru lahir berupaya mengesan bentuk irama. Para ibu juga telah menggunakan nyayian (dodoi) supaya anak mereka berhenti menangis.
- Badan manusia bergerak mengikut irama muzik. Apabila alunan muzik kedengaran, sistem sarat utama akan terus melalui saraf deria rasa dan seterusnya akan ke otak untuk diproses.
- Setiap kali tarik nafas dengan pantas kadar denyutan jantung akan meningkat dan bergetar ke bawah hingga ke tulang belakang . Inilah yang dikatakan sebagai tindak balas psikologi terhadap muzik.
- Muzik meresap ke emosi . Situasi gembira , sedih , dan bercelaru akan cepat bertindak balas terhadap muzik.
- Muzik membantu membaiki kemahiran daya tumpu
- Muzik berkongsi saraf dengan kebolehan bercakap
- Muzik membantu pendengaran dan pemahaman
- Muzik adalah pengalaman sosial
- Muzik adalah selamat dan bermotivasi
"terapi muzik amat diperlukan untuk mengembangkan potensi kanak-kanak bekeperluan khas"
No comments:
Post a Comment