Tuesday, 31 December 2013

CEREBRAL PALSI

Merujuk kepada otak dan palsi bererti tidak dapat mengawal otot-otot dengan sepenuhnya.

Kesan yang paling ketara :


  • Gaya berjalan yang kekok
  • Kurang seimbang
  • Pertuturan yang kurang sempurna
  • Wajah berkerut
  • Persepsi yang kurang tepat
  • Terencat akal
  • Cacat penglihatan
  • Cacat pendengaran 
  • Kecacatan lain, kekakuan anggota, tremor, gegaran anggota, atau campuran.
Ciri-ciri Kecacatan :

  • Kesukaran sewaktu makan
  • Masalah tidur
  • Masalah pertuturan
  • Masalah pendengaran
  • Kanak-kanak CP hanya akan bertindak balas terhadapbunyi kuat atau tindak balas langsung terhadap bunyi.
  • Seringkali juling atau mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.
Faktor Penyebab Kecacatan

  • Jangkitan Penyakit
  • Pengambilan ubat-ubatan/ dadah
  • Bahan kimia zat makanan tidak seimang / pemakanan ibu tidak seimbang.
Mengenal Pasti Cerebral Palsi

  • Masalah dalam penyusuan
  • Menangis dalam nada lemah atau nada terlalu tinggi 
  • Otot bayi terlalu keras atau lembut 
  • Pergerakan yang kurang pada otot yang terbabit dengan masalah pergerakan otot 
  • Deria ransangan yang terlalu sensitif. Kanak-kanak cerebral palsi boleh merasa sakit apabila disentuh
  • Air liur tidak dapat dikawal, masalah dalam proses menelan
  • Sendi Otot yang keras menyebabkan kaki menjadi keras,
Masalah yang Berkaitan Dengan Cerebral Palsi

  • Lewat perkembangan mental
  • Epilepsi
  • Kerencatan otak
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pertuturan
  • Masalah kepekakan
  • Masalah penglihatan , juling rabun atau hilang ingatan
  • Masalah emosi
(Sumber : Lembaran kuliah mengenai kanak-kanak Cerebral Palsi, Universiti Putra Malaysia)

Monday, 30 December 2013

"Bipolar Disorder"


Apa itu Bipolar Disorder ?

Bipolar disorder adala satu penyakit psikiatri yang melibatkan gangguan perasaan . "Bi" bermaksud "dua"  dan "pole" bermaksud "kutub". Ini membawa maksud dalam penyakit ini , perasaan seseorang boleh berada dalam dua "kutub" yang berbeza pada tahap yang ekstrem atau keterlaluan . Pesakit boleh menjadi TERLALU MURUNG sehingga ingin membunuh diri atau TERLALU GEMBIRA sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Apa kekerapan penyakit Bipolar Disorder ?

Bipolar Disorder dialami oleh 3 hingga 6 peratus dari kalangan lelaki dan perempuan dewasa.

Apakah tanda-tanda Bipolar Disorder ?

a) Mania


  • Merasa sangat gembira
  • Banyak melakukan aktiviti lebih dari biasa
  • Sangat bertenaga
  • Kurang keperluan untuk tidur
  • Banyak idea
  • Melakukan perkara yang berisiko seperti memandu laju
  • Berbelanja besar dan menghabiskan wang yang banyak
b) Hypomania

  • Gejala hampir seruoa dengan mania tetapi tidak teruk

c) Kemurungan

  • Merasa sangat sedih
  • Tiaa minat untuk melakukan perkara yang biasanya digemari
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tumpuan
  • Merasa diri tidak berguna atau merasa bersalah yang keterlaluan
  • Keinginan untuk mati atau membunuh diri.
(Diantara episod-episod diatas, pengidap bipolar boleh kembali normal. Walaubagaimanapun, episod tersebut boleh berulang)

Apakah rawatan untuk Bipolar Disorder ?

  • Pesakit memerlukan rawatan untuk menstabilkan perasaan mereka.Rawatan ini dipanggil "mood stabilizer" atau "penstabil perasaan"
  • Contoh ubat yang digunakan ialah ; Lithium, Sodium Valprote, Carbarmazepine dan Lamotrigine
  • Pesakit juga boleh dirawat dengan ubat antipsikotik terutamanya untuk episod mania.
* Walaupun pesakit telah kembali normal, adalah amat penting meneruskan rawatan "penstabil perasaan" dan rawatan lain yang disyorkan oleh doktor untuk memastikan episod mania atau kemurungan tidak mudah berulang.


Apakah nasihat penting untuk pesakit Bipolar Disorder ?

  • Amalkan tidur yang teratur 
  • Amalan aktiviti harian yang tetap
  • Elakan daripada dadah dan alkohol 
  • Dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan
  • Tangani tekanan dala hidup
  • Kenalpasti tanda-tanda awal relapse "berulang" seperti perasaan,tenaga, semangat dan keyakinan.
(sumber : ebook,special education, pengenalan dan perkembangan ciri masalah pembelajaran)

Medical News
















MENGENAL PASTI PELAJAR BERMASALAH INTELEK (KERENCATAN MENTAL)

Pelajar yang mengalami masalah kerencatan akal terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah yang menyeluruh dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti seharian. Pelajar yang mengalami kerencatan akal mungkinperlu belajar melakukan aktiviti mudah sekali pun bagi tempoh yang lama dan langkah -langkah . Misalnya aktiviti memberus gigi, mengenakan pakaian, makan, menggunakan tandas, memakai kasut dan mengikat tali kasut dan sebagainya mungkin sukar dipelajari dan mereka memerlukan banyak bantuan apabila ingin membuat sesuatu.


Mereka yang mengalami masalah kerencatan akal sukar memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari suatu situasi ke situasi yang lain. Mereka juga menghadapi masalah memahami konsep abstrak dan dengan itu menghadapi kesukaran untuk memahami bahawa sesuatu huruf itu melambangkan sesuatu bunyi tertentu.


Sesetengahnya mungkin juga menghadapi masalah untuk mengaitkan gambar dengan objek atau situasi yang dilambangkan oleh gambar berkenaan.


Guru dapat mengenalpasti keadaan pelajar bermasalah kerencatan akal dengan :



  • Lambat memperoleh dan mempelajari kemahiran.
  • Lemah daya ingatan.
  • Perkembangan bahasa yang lembap.
  • Sukar untuk memberi perhataian.
  • Masalah dalam memahmi perkara yang abstrak iaitu :konseo abstrak, simbol bertulis seperti huruf dan nombor.
  • Masalah untuk mematuhi peraturan/arahan
  • Tindak balas lembap
  • Kadangkala koordinaso motor kurang baik
  • Masalah mobiliti ; mungkin tidak dapat berjalan dengan mudah.
  • Cepat marah dan berasa kecewa.
(Sumber : Pendidikan Kanak-kanak berkeperluan khas, Konsep Dan Amalan, Zalizan Jelas, Fakulti Pendidikan UKM)