Tuesday, 3 December 2013

Sindrom Asperger


Apakah Sindrom Asperger ???

Sindrom Asperger (ASD) adalah salah satu ciri autisme, ia merupakan kecacatan sepanjang hayat kerana ia memberi kesan kepada perkembangan sosial seseorang individu dengan sindrome ini. Biasanya, individu yang mempunyai sindrom ini sukar dilihat secara kasar kerana ia merupakan satu jenis "kecacatan tersembunyai". Ini kerana penghidap ASD kebanyakkan kelihatan normal sahaja. Individu dengan ASD mempunyai masalah yang mirip dengan autisme biasa kerana mereka mempunyai masalah komunikasi dan masalah sosial. Sesetengah mereka juga mempunyai kecacatan lain, dan mereka memerlukan sokongan orang lain bagi melakukan aktiviti seharian misalnya mandi dan makan.

ASD dapat dikesan seawal 2 tahun lagi, sekiranya didiagnosis awal. Malangnya kebanyakkan ibubapa lewat mengetahui masalah anak mereka kerana kelewatan membuat diagnosis. Ini berlaku kerana kebanyakkan ibubapa mungkin tidak sedar dengan masalah tersebut, dan mereka mengggangap masalah bahasa dan tingkah laku tersebut normal pada setiap kanak-kanak seawal usia 2 tahun. Oleh itu, ibubapa mungkin akan menyedari masalah tersebut pada usia 5 tahun ke 6 tahun. Menurut pakar, kanak-kanak lelaki mempunyai empat kali lebih keberangkalian untuk mempunyai ASD berbanding kanak-kanak perempuan.


Ciri-ciri ASD


Individu dengan ASD memiliki ciri-ciri seperti :a) Masalah Komunikasib) Masalah interaksi sosialc) Masalah imaginasi
Masalah KomunikasiIndividu ASD biasanya mempunyai masalah untuk menunjukkan tingkah laku dan emosi

 "If you have Asperger syndrome, understanding conversation is like trying to understand a foreign language. "
a) Sukar memahami pergerakan badan, ekspresi muka, atau nada suara
b) Sukar untuk memulakan perbualan dan mengakhiri perbualan. 
c) Sukar memilih topik perbincangan
d) Menggunanakn bahasa dan ayat yang sukar difahami
e) Sukar memahami ayat kompleks, jenaka, sindiran, simpulan bahasa, atau pembayang.
Masalah Interaksi Sosial
Sebenarnya ASD juga seerti orang tipikal, ingin berkawan. Tetapi masalah mereka adalah mereka sukar untuk memulakan sesuatu perhubungan dan sukar mengekalkan sesuatu perhubungan, Apa yang dialami oleh mereka sebenarnya amatlah sukar, mereka juga kelihatan gelisah apabila berhadapan dengan orang lain, terutama orang yang baru dikenali. Ciri-ciri ti tingkah laku sosial ASD :

" I have difficulty picking up social cues, and difficulty in knowing what to do when I get things wrong."

a) Sukar memulakan sesuatu persahabatan dan mengekalkannya.
b) Tidak memahami etika sosial contohnya : mereka mungkin berdiri terlalu dekat dengan orang yang baru dikenali atau memulakan sesuatu perbualan yang tidak sesuai dengan keadaan.
c) Cuba mencari kebalan tetapi kelihatan keliru untuk memulakan perkenalan baru.
d) Kadang kala mereka suka menyendiri dan tidak mahu bercampur denan orang lain.
e) Berkelakuan tidak sesuai dengan keadaan.


Masalah Imaginasi


Individu ASD bukan mengahdapi masalah dalam imaginasi dalam berkarya. Ada sestengah mereka hebat dalam berkarya, mereka boleh menjadi eorang penulis, penyanyi, penulis lirik, ahli muzik dll. Tetapi mereka sukar memahami apa yang difikir oleh orang lain seperti :
 " We have trouble working out what other people know. We have more difficulty guessing what other people are thinking."
a) Sukar  memahami kelakuan orang, cara orang lain berfikir tentang sesuatu , dan tindakan orang lain terhadap sesuatu keadaan.
b) Sukar untuk meramal sesuatu keadaan. Contohnya melihat orang sedih, mereka tidak tahu bagaimana ingin memujuk orang itu.
c) Tahap imaginasi terhad terhadap sesuatu contohnya jika mereka ada satu alat permainan, mereka hanya mampu fikir satu fungsi sahaja untuk alatan tersebut.





Sumber : The National Autistic Societyhttp://www.autism.org.uk/about-autism/autism-and-asperger-syndrome-an-introduction/what-is-asperger-syndrome.aspx



No comments:

Post a Comment