Keperluan Terapi
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Murid Berkeperluan Khas
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Murid Berkeperluan Khas
Terapi merupakan kaedah untuk membantu pelajar bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran yang dilakukan
" Rawatan pemulihan keatas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan secara normal "
(Kamus Perubatan Mosley , 2001)
Dalam konteks pendidikan khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid berkeperluan khas adalah golongan yang mempunyai ketidakupayaan, kecacatan, halangan, atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial, atau psikomotor, maka terapi amat diperlukan bagi membantu perkembangan mereka.
Kepentingan Terapi
Antara kepentingan terapi kepada murid berkeperluan khas
- Meningkatkan daya pengamatan murid-murid,
- merangsang mereka uuntuk bergerak balas secara positif
- meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor
- melatih murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuai
(G. Eliana,2008, S. Pengilly, 2008; Z Ibrahim, 2009)
"Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan. Pendidikan bukanlah sesuatu yang diperoleh seseorang, tapi ia merupakan sebuah proses seumur hidup bagi manusia"
Sumber : Buku Terapi Dalam Pendidikan Khas, Yasmin Hussin (Phd)
Sumber : Buku Terapi Dalam Pendidikan Khas, Yasmin Hussin (Phd)
No comments:
Post a Comment