Friday, 15 November 2013


Definisi Masalah Pembelajaran

(Learning Disabilities)


Definisi Learning Disabilities (LD) atau masalah pembelajaran adalah berlainan mengikut negara, dan kategori masalah yang dikatakan masalah pembelajaran turut berbeza mengikut negara. 



Learning Disabilities Association of America

  • Masalah pembelajaran adalah salah satu keadaan saraf yang menggangu keupayaan seseorang untuk menyimpan, dan memproses maklumat.
  • Ia menjejaskan keupayaan seseorang untuk menulis , bercakap, mengeja, mengingat dll.
  • Kategori masalah Pembelajaran : diskulkulia, disleksia, dan disgrafia



Individual with Disabilities Education Act 
(IDEA), 1997

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa samada pertuturan atau penulisan dimana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna , Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran , budaya, atau ekonomi.


No comments:

Post a Comment