Saturday, 30 November 2013

DIAGNOSIS AUTISME

Guru boleh menggunakan maklumat berikut untuk membantu membuat intervensi keatas murid atau pelajar yang bermasalah pembelajaran yang mengalami autisme

Diagnosis Diluar Negara
  1. Diagnosis autisme mengikut kriteria yang digariskan dalam Diagnostic & Statistical Manual OF mental Disorders Edisi ke 5 (DSM5).
  2. Instrumen terbaik untuk menjalankan diagnosis adalah Autisme Diagnostic Observation Schedule (ADOS) dan Autisme Diagnostic Interview Rewiew (ADI-R)

Diagnosis Dalam Malaysia

  1. Dapatkan surat rujukan dari doktor.
  2. Bawa anak/murid ke Jabatan Psikiatri Hospital untuk membuat temujanji.
  3. Contohnya, Child Development Center (CDC) Hospital UKM. National Autisme Society of Malaysia (NASOM), klinik atau hospital swasta (RM 1500-RM 3000).

Profesional yang menjalankan diagnosis :

  • Ahli psikiatri. ahli psikologi, dan pakar perkembangan kanak-kanak






Monday, 25 November 2013

Monday, 18 November 2013

KECELARUAN
 EMOSI DAN TINGKAH LAKU

Kecelaruan emosi dan tingkah laku merujuk kepada keadaan emosi dan tingah laku yang tida stabil yang berterusan untuk suat jangka masa sehingga mengganggu pembelajaran.

Penunjuk / Indikator


  • Berpencapaian rendah 
  • Gagal dalam perhubungan dengan guru dan rakan sebaya
  • Perlakuan tidak sesuai dengan keadaan, contoh senyum apabila sait
  • Muram, tidak gembira dan sentiasa bersedih
  • Dalam eadaan tertekan, menunjukkan tingkah laku ekstrem, contoh, mengigil apabila nama dipanggil (Bower,1982).
  • Menunjukkan tingkah laku devian
Contoh Pelajar Bermasalah Emosi Dan Tingkah Laku

  • Autisme Spectrum Disorder
  • Asperger Syndrome Disorder
  • Fragile X Syndrome Disorders
  • Landau-Kleffner Syndrome Disorder
  • Williams Syndrome Disorder
  • Rett Syndrome Disorder

(Sumber, Kuliah GGGB2055 PPK,PERKEMBANGAN DAN CIRI KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN, DR,HASNAH TORAN)

Saturday, 16 November 2013

Ciri-ciri LD

Ciri-ciri Umum Bermasalah Pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai beberapa ciri umum untuk menggambarkan peribadi mereka.

Aspek Kognitif


  • Lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan, dan pemikiran.
  • kesukaran mengaitkan pengetahuan sediaada dengan pengetahuan baru.
Ciri Akademik

  • masalah pembacaan
  • kesukaran menulis
  • sukar mengenal perkataan (disleksia)
  • masalah pertuturan lisan (fonologi),morfologi, sintaksis, dan pragmatik)
  • Sukar mengeja
Ciri Sosial dan Emosi

  • Kemahiran sosial lemah
  • sukar berkawan
  • kurang interaksi / komunikasi lemah
  • emosi mudah terganggu (mudah marah, sedih, kecewa dll)
Ciri tingkah laku

  • Sukar memberi tumpuan
  • impulsif
  • hiperaktif
  • keresahan
  • sukar mengikut arahan
Pengurusan Diri



  • Cenderung bergantung kepada diri sendiri daripada orang lain.Tetapi ada segelintir mereka terlalu bergantung kepada bantuan orang lain.

Friday, 15 November 2013


Definisi Masalah Pembelajaran

(Learning Disabilities)


Definisi Learning Disabilities (LD) atau masalah pembelajaran adalah berlainan mengikut negara, dan kategori masalah yang dikatakan masalah pembelajaran turut berbeza mengikut negara. 



Learning Disabilities Association of America

  • Masalah pembelajaran adalah salah satu keadaan saraf yang menggangu keupayaan seseorang untuk menyimpan, dan memproses maklumat.
  • Ia menjejaskan keupayaan seseorang untuk menulis , bercakap, mengeja, mengingat dll.
  • Kategori masalah Pembelajaran : diskulkulia, disleksia, dan disgrafia



Individual with Disabilities Education Act 
(IDEA), 1997

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa samada pertuturan atau penulisan dimana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna , Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran , budaya, atau ekonomi.